Macam2 ragam manusia zaman sekarang.Nak untung punya pasal la ni.Hati-hati kepada semua yang nak beli air soya .Jangan terminum ludah orang sudah...euw...
! BLOG INI AKU YANG PUNYA !
Apr 20, 2011
Ludah Dalam Air Soya
Menjijikkan ! Seorang peniaga soya di Bangi kantoi meludah dalam setiap bungkusan air sebelum diikat.
Apr 6, 2011
Jodoh
Jodoh Syaitan - ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai
dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya
terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur.
Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
Jodoh Jin - Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui
bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya
sehinggalah mereka dapat berkahwin.
Jodoh Allah - iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati
dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan)
dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan)
berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"
Writed By Nachtlicht
Nota Aku-Entry ini diambil dari blog nachtlichtvedentta .
Bila baca entry ni, baru aku sedar dan tahu yang terdapat pasangan yang
dijodohkan oleh jin dan syaitan.Semoga aku dijauhkan dari perbuatan
terlarang dan menjaga kesucian cinta itu sehinggalah tiba saat perkahwinan.
Aku harap sangat yang jodoh aku ialah jodoh yang ditentukan oleh Allah,
bukannya syaitan atau jin dan jodoh aku ini akan kekal sehingga ke akhir hayat aku.
Amin.
Apr 4, 2011
Aku Budak Baru Belajar
Kagum aku tengok blog-blog otai kat Malaysia ni .Followers beribu-ribu.Jealous pun ada. Tapi takleh nak kata apa la. Pengisian blog otai-otai ni memang power.Nak dibandingkan dengan blog aku ni...Macam langit dan bumi.Biasa la kan,aku budak baru belajar.Memang la serba kekurangan.
Beberapa hari yang lepas aku telah menjalankan aktiviti blogwalking dan aku terbaca sebuah article yang bertajuk '5 punca mengapa kurang pembaca setia di blog' .Entry ini aku baca di blog sollehahn.com .
Menurut En.Sollehahn antara punca-punca kurangnya pembaca setia di blog ialah kerana faktor :
Original content : Punca kurangnya pembaca setia di blog | sollehahn.com http://sollehahn.com/2011/01/punca-mengapa-kurang-pembaca-setia-di-blog/#ixzz1IZ3mNyjO
Under Creative Commons License: Attribution
Beberapa hari yang lepas aku telah menjalankan aktiviti blogwalking dan aku terbaca sebuah article yang bertajuk '5 punca mengapa kurang pembaca setia di blog' .Entry ini aku baca di blog sollehahn.com .
Menurut En.Sollehahn antara punca-punca kurangnya pembaca setia di blog ialah kerana faktor :
1. Bahasa
Bahasa yang tidak sesuai ketika menulis menjadi salah satu faktor utama pelawat malas untuk membaca post-post anda. “kitew”, “citew”, “korunk”, dan macam-macam lagi gaya penulisan yang keanak-anakan. Ramai yang beranggapan penulis yang menulis seperti ini seorang yang mengada-ngada, menyebabkan pembaca merasa meluat.
Gaya penulisan yang biadap, kurang ajar juga mempengaruhi pembaca. Pembaca tidak mahu mendengar leteran anda, sumpah seranah, caci-maki anda dalam blog.
Apa kata aku -Sangat setuju dengan pandangan encik Sollehahn ni sebab bahasa adalah faktor penting untuk menarik minat dan memanipulasikan mood pembaca .blog ini aku yang punya memang lemah dalam penggunaan bahasa.Bahasa blog aku sememangnya terabur.Lepas baca article ni,aku sedar yang aku perlu ubah cara penggunaan bahasa entry aku supaya menjadi lebih matang dan menarik.
2. Aspek Teknikal
Theme caca-marba, widget bersepah, lagu/video autoplay, font yang tidak sesuai, susunan teks, semuanya mempengaruhi pembaca. Cuba dapatkan respon dari pelawat untuk mendapatkan konfigurasi terbaik blog anda.
Blog yang terlampau berat juga menyebabkan pelawat tidak singgah semula, terutamanya pengguna broadband.
Apa kata aku - Sememangnya betullah apa yang dinyatakan disini.Tapi aku plak baru berminat nak menambah widget merapu2 ni.Nampaknya blog ini aku yang punya perlu diubah suai lagi.
3. Tajuk yang tidak sesuai
Saya pernah terangkan secara ringkas dalam artikel sebelum ini ; 5 Perkara Asas Dalam Blog. Tidak dinafikan, ada blogger yang menggunakan kaedah ini untuk menarik trafik. Tajuk yang digunakan hanyalah sebagai taktik menarik trafik, sedangkan kandungannya langsung tak berkaitan. Kalau sekali dua, mungkin pembaca kurang ambil berat, tetapi jika berkali-kali tertipu, pasti pembaca terus meletakkan blog anda dalam senarai hitam mereka
Apa kata aku -Seriously aku pernah try buat benda ni.Aduh.Banyaknya kekurangan blog ini aku yang punya .Banyak benda yang perlu diubah dan ditambah untuk membuatkan entry2 dalam blog ini aku yang punya menjadi lebih menarik.
4. Kurang Blogwalking
Hanya segelintir pelawat akan mengingati blog anda selepas sekali kunjungan. Bagi memastikan anda tidak dilupakan, lakukan lawatan ke blog-blog lain dengan kerap. Blogger lain akan mengingati anda jika anda kerap datang ke blog mereka.
Apa kata aku -Blogwalking sememangnya penting untuk menarik orang datang ke blog kita.Mengikut fahaman aku (taktau la betul @ tidak ) blogwalking ni adalah aktiviti meninggalkan jejak di blog orang lain selepas kita meninjau-ninjau entry dalam blog tu. Contohnya tinggalkan komen,tegur2 tuan blog dekat chat box dan sebagainya.
5. Kurang mesra pelawat.
Pelawat merasa kurang dihargai jika kehadiran mereka seperti tidak diendahkan. Cuba bina hubungan dengan pelawat dengan cara membalas komen, dan melakukan kunjungan semula. Apabila ada hubungan yang terjalin, barulah pelawat tidak segan-segan untuk selalu datang bertandang.
Apa kata aku - Setakat ni,memang blog ini aku yang punya tak pernah la nak menyombong dengan pelawat2 yang datang.Insyaallah aku akan balas balik semua komen atau chat yang ditinggalkan oleh pelawat yang datang.Maybe ada yang aku terlepas pandang ,harap maafkan ya.'Aku Budak Baru Belajar' la katakan ...
Original content : Punca kurangnya pembaca setia di blog | sollehahn.com http://sollehahn.com/2011/01/punca-mengapa-kurang-pembaca-setia-di-blog/#ixzz1IZ3mNyjO
Under Creative Commons License: Attribution
Inilah sedikit sebanyak tips yang aku baru belajar dari http://sollehahn.com/2011/01/punca-mengapa-kurang-pembaca-setia-di-blog/#axzz1IMpfz6DL ..Terima kasih untuk tips yang berguna ni.Kat bawah ni aku nak tag blog-blog yang sememangnya otai untuk dijadikan sebagai benchmark buat bloggers hingusan macam aku ni.
ciktom.com
Sekian untuk kali ni.Harap blog ini aku yang punya dapat menjadi lebih matang dan menarik di masa hadapan.(Sedang merancang untuk membuat sedikit rombakkan untuk blog aku ni.Hurmmm)
Sekian untuk kali ni.Harap blog ini aku yang punya dapat menjadi lebih matang dan menarik di masa hadapan.(Sedang merancang untuk membuat sedikit rombakkan untuk blog aku ni.Hurmmm)
Subscribe to:
Posts (Atom)