Pages

Sila Klik

Showing posts with label Dari Kaca Mataku. Show all posts
Showing posts with label Dari Kaca Mataku. Show all posts

Dec 21, 2010

Pondan, Bapok dan Maknyah~

     3-4 hari yang lalu, aku dan kawan-kawan lama keluar minum di Alor Setar.On the way nak balik, tiba-tiba salah seorang dari kawan aku ni ajak p tgk pondan yang sedang berniaga berdekatan dengan stesen kereta api.Berniaga apa?Hahaha.Lu Pikirla sendiri ! Jangan salah faham ya, kami bukan nak langgan pondan2 ni.Kawan aku ni cadang sebab dia baru ja lepas wat sikit  research untuk assignment mengenai pondan dalam salah satu subjek yang dia ambil di Unimap.

     Sampai ja kat kawasan stesen keretapi tu,aku tgk ada la 5-6 orang pondan kat situ. Ramai mat motor yang dok kacau pondan2 kat situ. Aku tengok pondan2 ni kebanyakkanya dah ubah suai tubuh mereka. Euwww..Hahaha...kalau pandang dari jauh memang nampak sebijik macam perempuan lah! Tiba2 ada kedengaran suara salah seorang kawan aku dalam kereta Myvi hitam neh~"lawa gak depa ni noh.Yang baju merah tu.Comel~".Kata2 ni membuatkan aku rasa nak termuntah! Hehe.walau secantik mana pun pondan2 ni,mereka tetap lelaki.Silap2 janggut mereka lebih lebat kalau tak cukur.Hehehehe!

    Tiba2 kawan aku yang memandu kereta yang kami naikki menghampiri salah seorang pondan kat situ. Tingkap sebelah kiri pemandu dibuka merangkap tingkap pintu aku la.Kuang ajar punya kawan.Dia suruh aku pulak yang tanya harga pondan tu.Hadoi la.Terketar2 badan aku tengok pondan tu dengan jarak dekat. Aku tanya , " brapa?".Pondan tu jawab RM20.Terus aku tergelak (maaf lerrr,aku gelak2 takot sama ni,bukan nak menghina).Suara pun orang boleh cam,SUARA JANTAN!Pondan tu terus tak layan kami dan berbual2 dengan kawannya dalam bahasa thai.Kutuk aku la tu.Hahahaha!Aku terus ajak kawan aku blah, takut masuk tv3 plak.Mana la tau krew 999 tengah merakam kan perbualan kami ka , nanti satu Malaysia kata aku layan pondan.Lagi pun aku takut gak,kot2 podan ni tiba2 buka pintu kereta,blasah kami semua.Naya ja kan~

    Aku terfikir gak, kenapa seorang lelaki nak jadi pondan ya? Kawan aku cakap kesian sebenarnya kat pondan2 ni.Manusia-manusia bergelar pondan ni adakalanya menjadi pondan bukan atas kerelaan.Ada yang tranform jadi pondan kerana terpaksa.Mungkin mereka mempunyai sejarah hitam seperti pernah diliwat berkali-kali sehingga psikologi mereka terganggu dengan teruk.Ada yang cari makan.Mereka rasakan ini saja caranya untuk mereka mencari rezeki.Mungkin tiada siapa yang nak membimbing mereka.Paling kesian kalau mereka khunsa.Khunsa ni maksudnya ada dua alat kelamin.Mereka mungkin pilih jantina lelaki tetapi sebenarnya naluri mereka lebih kearah wanita.Adoi.Tapi manusia dianugaerahkan otak yang boleh berfikir.Dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.Yang betul dan yang salah.Seharusnya mereka menggunakan akal fikiran untuk memilih haluan hidup mereka.Mereka mampu jadi yang lebih baik dan masih ada masa untuk mereka berubah kembali normal.


P/s- Pondan2 mungkin tak tahu kelebihan menjadi seorang lelaki.Hehehe!

Sekadar gambar hiasan.Adi Putra jadi pondan suara macho.Funny~

Wajarkah Pemandu Dipersalahkan?

     Kemalangan ngeri meragut 28 nyawa pagi kelmarin sememangnya menambahkan lagi ke'fobiaan' aku untuk menaiki bas.Sedih bila memikirkan nasib keluarga mangsa yang terlibat.Dalam sekelip mata mereka kehilangan orang yang mereka sayangi.Tiap kali kemalangan seperti ini berlaku,kerap kali orang akan menyalahkan pemandu bas.

     Apa pandangan anda? Wajarkah pemandu bas yang dipersalahkan? Err..YA?atau TIDAK? Memang ada segelintir pemandu bas yang pandu bas mereka macam 'roller coster' dan ada juga yang tertidur ketika memandu.Tapi adakah ini boleh kita jadikan sebagai point untuk mengatakan punca kemalangan itu berlaku? Bagaimana pula dengan nasib pemandu bas yang memandu dengan berhemah, tetapi masih tidak dapat mengelak daripada terjadinya kemalangan?Bukan bas saja, kereta, lori , motosikal  juga sama. Adakalanya kita memandu dengan berhemah,tetapi sikap pemandu lain yang cuai juga mampu menjadi punca kemalangan.Mungkin inilah yang dikatakan takdir kan.Ada juga aku dengar pemandu bas ni kadang2 tak cukup rehat.So, maybe majikan perlu mencari jalan supaya pemandu mendapat rehat yang secukupnya.

    Bagi aku tak guna kita nak salahkan mana2 pihak. Menyalahkan orang untuk sesuatu kejadian tidak dapat menyelesaikan masalah.Lebih baik fikirkan punca dan cari jalan untuk mengelakkan insiden sebegini berulang lagi.

P/s- Jangan disebabkan takut tertidur, pemandu bas minum ketom satu jar.Hehehe...Red Bull kan ada~

 

Dec 18, 2010

Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"

Sangat tidak setuju dengan lelaki yang bernama Azwan Ismail ini ! Gay itu tidak ok ! Memang benar kita tidak boleh membenci individu-individu songsang ini, kerana mereka juga manusia. Mungkin sebab hormon dalam badan atau mungkin juga kisah silam yang mencorak kehidupan mereka sebagai seorang gay. Tetapi mereka harus sedar yang perbuatan seorang Gay itu melanggar hukum alam dan secara tidak langsung melanggar hukum agama .Aku rasa semua agama melarang perbuatan gay ni especially Islam.



Azwan Ismail berani membuat pengakuan yang dia gay, memang self esteem tinggilah. Memang penuh confident.Ya , aku akui dia memang tabah dan kuat. Dia mungkin pernah dicemuh oleh masyarakat kerana dia gay dan mungkin dia dapat mengharungi semua ini.Hebat! Tapi sedarkah dia? Pemikiranya sudah terpesong? Mungkin bagi sesetengah pihak, biarlah.. dia tak kacau kita pun. Buat apa kita nak kacau dia.~Memang sikit pun tak kacau hidup kita.Bagaimana pulak dengan gay-gay yang lain?Pasti bersemangat bila tengok video motivasi En.Azwan ni kan?Itu yang aku tak nak. Ramai individu akan diracuni dengan pemikiran gay itu tidak salah.Mereka akan jadi lebih berani.Makin ramai la yang nak kahwin sesama sejenis pasni. Masih ok kah gay itu? Gay boleh hasilkan zuriat kah?

P/s - Sangat kasihankan individu sebegini.Harap mereka kembali normal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...