Pages

Sila Klik

Showing posts with label Rileks Otak. Show all posts
Showing posts with label Rileks Otak. Show all posts

Feb 5, 2011

10 Tanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita by Lovely Crawler



Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Jangan Tinggal Daku

      Hoi! Aku Abu . Aku gila . Semua orang panggil aku Abu Gila . Hari- hari aku akan berjalan kaki tanpa hala tuju. Walaupun aku orang gila, tapi aku ada cita-cita. Cita-cita aku nak jadi Posmen .Posmen boleh bawak motor laju-laju!.
      Eh ! Lupa nak kenalkan. Aku ada kawan nama Gebu. Gebu seekor kucing yang comel . Aku jumpa Gebu tepi longkang. Gebu cakap, dia lari dari tuan dia sebab tuan dia suka sepak-sepak dia. Bodohnya tuan dia! Dia taktau ka Gebu ni comel ! Aku yang gila ni pun tak pernah sepak kucing . Gila punya tuan ! Tak pa gebu, Abu janji Abu akan jaga Gebu.
      Gebu selalu teman aku . Aku sayang Gebu. Ramai budak-budak jahat nak main-main dengan Gebu. Tak boleh! Aku tak bagi! Nanti bila Gebu dah main-main dengan depa, depa mesti akan buat jahat kat Gebu. Sepak-sepak Gebu.Pijak-pijak Gebu. Gebu kata dia tak suka main dengan budak lain. Gebu suka aku ja. Sebab aku selalu ada untuk Gebu. Gebu tak sedar, sebenarnya dia yang selalu ada untuk aku. Sejak Gebu ada dalam hidop aku, aku happy selalu. Biar la orang ludah aku sekali pun, aku dah tak sedih sebab Gebu ada. 
      Semakin hari , aku makin sayang Gebu . Gebu ja paham aku . Aku harap Gebu takkan tinggal aku. Aku sanggup buat apa saja asalkan Gebu selalu bersama dengan aku.Aku takut sangat bila ada orang yang cuba dekat dengan dia. Aku tau pakcik makcik ni orang baik2. Depa boleh jaga Gebu. Tapi kalau Gebu ikot depa, aku nak kawan ngan sapa. Aku orang gila. Takdak orang nak kawan ngan aku. Lagi pun aku dah janji dengan Gebu. Aku nak jaga Gebu. Aku taknak Gebu disakiti lagi. Gebu ada hak untuk bahagia macam kucing-kucing yang lain. Walaupun aku tak mampu nak bagi Gebu makan makanan mewah,tempat yang selesa,tapi aku sanggup buat apa saja asalkan Gebu selalu gembira. Biar la Gebu ada 9 nyawa sekali pun, aku sanggup korbankan 1 nyawa yang aku ada untuk pastikan Gebu sentiasa selamat.
       Semalam Gebu tanya. Kalau dia main-main dengan kucing-kucing yang lain,aku cemburu tak.Apala Gebu.Mana boleh cemburu.Kan Gebu kenal depa awal sebelum Abu.Gebu kawan la dengan semua kucing dalam dunia ni.Asalkan Gebu tak lupa Abu, Abu tak kisah !
      Tiba-tiba tuan Gebu yang jahat muncul ketika aku tengah cari makanan untuk Gebu. Dia kejar Gebu. Gebu cuba lari ke arah aku.Aku cepat-cepat mendakap Gebu dan lari sejauh mungkin. Uish, walaupun aku gila.Aku lari laju . Macam pelari pecut negara. Tuan Gebu jerit, dia nak Gebu balik. Dia rindu Gebu. Aku tengok muka Gebu tiba-tiba berubah. Hurmmm.
      Bila aku buka mata hari ni. Gebu dah takdak. Gebu...Gebu pergi mna? Gebu tinggal Abu ka? Puas aku cari Gebu, x jumpa2. Sampai la sekarang. Hari dah gelap.Mana Gebu ni.Gebu ok ka?Mungkin Gebu pergi main dengan kawan-kawan lama dia. Esok dia balik la.Tapi kalau Gebu tak balik macam mana?Lebih teruk lagi,kalau dia balik rumah tuan dia.Gebu !!!! Jangan buat Abu macam ni. Abu SAYANG Gebu !

Gebu...Kalau la Gebu dengar rintihan Abu ni.Abu nak Gebu tau,Abu sayang sangat dengan Gebu.Abu cuba terima kalau Gebu tak nak bersama Abu lagi.Abu sedar.Abu ni orang gila.Tapi Gebu kena jaga diri Gebu tau. jangan biar orang lain pijak-pijak Gebu lagi . Satu yang Abu nak. Jangan balik rumah tu.Nanti Gebu terluka lagi. Abu taknak Gebu sakit macam dulu. Abu nak Gebu gembira.

GEBU!!!!

Dec 29, 2010

Kenduri buat semua blogger - 1 Jan 2011

      Assalamualaikum buat semua blogger. Aku dengan ini berbesar hati ingin menjemput semua ke majlis kenduri khas buat semua blogger yang jadi follower aku atau pun yang belum lagi jadi follower aku. Tarikh kenduri ialah pada 1 Jan 2011. Aku buat majlis ni untuk menyambut tahun baru bersama teman-teman blogger sekalian.Harap semua dapat hadirkan diri. Majlis yang pertama kali dibuat dan tak pernah dibuat oleh orang ni bertemakan 'Back to skoOl'.So, 1 Jan ni ramai2 dressing ala2 budak sekolah dan bawa makanan sendiri depan laptop masing-masing dan anggaplah anda berada di rumah aku sambil usha blog ni k! Buat pengetahuan semua, ada artis yang akan menghiburkan kita pada hari itu. Antaranya ialah Mawi, Jalil Hamid, Lan Pet-Pet, Siti Sarah , Marc Anthony dan Jason Statham yang dibawakan khas dari You - Tube . 


SEKIAN 


Jangan lupa bawa makanan sendiri





Dec 25, 2010

Uji Minda

Betapa cekapnya anda!! 

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK? 


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda..... 



Ready? GO!!! (lihat bawah) 

Soalan Pertama: 

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa? 
 .
 
 .

 .


Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua! 

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)





Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi... Jawapanya, ada tetap ni kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu..haha… anda masih kurang bijak…



Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?





Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..







Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.


Jika anda tak percaya gunakan kalkulator! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba Try tengok.

Soalan keempat: 

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?



Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?







Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.

Sekian..

Ujian Personaliti 2

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat: 7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri,terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada: a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya
Buah manakah yang akan anda pilih? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati. (JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU… PILIH DULU BUAH APA.!!)

Ini dia jawapannya…jeng..jeng..jeng..
a. jika anda pilih
epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih
pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih
jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih
mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih
rambutan: bererti orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih
papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya

Sekian.


Dec 21, 2010

Cirit Birit!

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”
“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.
” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Dec 18, 2010

Teka-teki

Teka-teki ni aku dapat time sekolah rendah dulu. So, aku budget orang yang berusia 12 tahun ke atas mesti boleh jawab teka teki ni dengan mudah sekali. Petik jari pun boleh! Teka-teki ni berbunyi:



Ada seekor katak terjatuh didalam sebuah perigi yg kedalamannya 30 meter.
Dinding perigi itu menegak dan teramat licin kerana diselaputi lumut.
Katak itu cuba untuk memanjat dinding tersebut untuk naik ke atas sambil menangis. 



Masalahnya:


1. Katak itu hanya boleh lompat 1 hari hanya sekali lompat sahaja.

2. Tinggi lompatannya itu hanya 3 m.


3. Oleh kerana kelicinan dinding perigi tersebut, katak itu 
     terturun kebawah 2 meter setiap kali berjaya melompat.



Soalannya:


BERAPA HARIKAH KATAK ITU BOLEH SAMPAI KEATAS?



Bayi Ajaib






Ajaibkan budak ni?

Dec 15, 2010

Bila Aku Dah Tawar Hati

Tawar hati?


     Hurmm..Bila hati dah jemu..ditambah dengan bosan..mula lah hati ni menjauh..Perasaan suka kini bertukar menjadi benci ! Kalau dulu, berjam2 duduk depan komputer sebab nak berkepit dengan dia. Biasalah, sekarang kan alam siber, orang dah tak payah keluar rumah dah.


      Awal2 aku kenal , nervous gila .Terketar2 tangan ni ha.Bukan pa,takut la silap langkah,habis semuanya.Berjam-jam duduk semeja pun tak kisah. Seronok.. Gelak2..Sembang2..Yang bestnya ada juga yang nak mengorat sesama sendiri walaupun duduk semeja.Haishhh...Tak segan ka abg2 ,pokcik2 sekalian?


     Bukan senang nak duduk semeja. Kena banyak melabur. Duit semua tu ! Fikir2 balik, banyak duit habis dari duit masuk.Huh! membazir ja. Baik aku menabung lagi bagus!Nasib baik aku sedar. Dia merosakkan aku.Bayangkan la, sebab nak meluangkan masa dengan dia,aku kena duduk rumah ja. Tak boleh ke mana. (Kalau aku tinggal aku takut tak dapat pulangan) .Kadang2 kawan ajak minum pun aku tak keluar. Bodohnya Tajul oiii !


Tapi mulai saat dan ketika ini, aku dah tak hingin dah nak duduk kat meja tu lagi ! Tengok pun tak hingin!Tuih ! Ingat aku kempunan sangat ka ha? Sikit pun tak menyesal la!!!!!! Kepada ZYNGA POKER, selamat tinggal ! No more chips! Aku dah bankrup ! Tima kasih banyak2 la!




Zynga Poker ni merupakan salah satu game on9 yang famous dalam FB~

Nov 29, 2010

Rokok dan Banglo


Ada satu cerita menarik yang aku nak kongsi dengan semua kali ni. Aku pun terbaca cerita ni dalam Facebook kawan aku.Aku rasa benda ni menarik so aku nak kongsi sikit dengan anda semua. Hehehe.Selamat membaca.


Ali berjumpa doktor kerana batuk-batuk


Ali: Selamat pagi doktor…


Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?


Ali: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.


Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?


Ali: Betul doktor, saya memang perokok.




Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?


Ali: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun.


Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?

cuba kira, satu hari dikali dengan 1 bungkus rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…

sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah).


Ali: Doktor tak merokokkan?


Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)


Ali: Doktor ada banglo mewah macam tu?


Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?


Ali : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..huhu


Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya.



TAPI CAMANA PUN ROKOK TETAP BAHAYA N BUKAN MUDAH UNTUK PEROKOK BERHENTI MEROKOK BILA DAH MULA KETAGIH.YANG TAK MEROKOK JANGAN GATAI MENCOBA,YANG MEROKOK CUBALAH BERHENTI DAN YANG DAH CUBA ,TAPI GAGAL TERUSKAN JA LA MEROKOK SAMPAI MAMPOS.HAHA.

Nov 25, 2010

:( Nafsu Serakah

Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.

Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.
Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.





Sekadar gambar hiasan
Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK

Rokok membahayakan kesihatan

Ujian Personaliti

Ada macam2 ujian personaliti yang boleh di  buat.Kat bawah ni ialah salah satu daripadanya.Try la.Tp kena jujur,jangan tgk jawapan sebelum anda jawab soalan ini.


1- Warna kegemaran anda ? 
Nyatakan 3 perkataan untuk menghuraikan pilihan anda 

2-Sekiranya anda boleh menjadi sejenis haiwan, apakah haiwan itu?
Nyatakan 3 perkataan untuk menjelaskan pilihan anda 

3-Bayangkan suatu air terjun. Nyatakan 3 perkataan untuk menerangkan perasaan anda.


4-Imaginasikan warna putih. Nyatakan 3 perkataan untuk menyatakan perasaan anda 





Jawapannya ?????? 

(1)Huraian anda tentang warna kegemaran anda adalah pandangan anda terhadap diri anda sendiri. 

(2) Huraian anda tentang apa yang anda ingin jadi sebagai binatang adalah pandangan org tentang anda. 

(3) pandangan anda tentang air terjun adalah pandangan anda tentang seks. 

(4) pandangan anda tentang warna putih adalah cara anda melihat suatu kematian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...