Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts
Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts
Dec 27, 2010
Dec 18, 2010
Aku Nak Tidur !
Kedinginan malam tidak membantu aku melabuhkan tirai malamku ini. Apakah yang menghalangku dari melelapkan mataku yang seksi sepeti Johny Depp ni?Lol.Letih la.Jam dah pukul 5.32 a.m tatkala jari jemariku menari-nari di atas keyboard ku ini.Susahnya nak tidur ! ! !Aku ni ada penyakit Insomnia ka ? Susah sangat nak tidur ! So aku meng'google' untuk mencari penyelesaian bagi masalah susah nak tidur aku ni !
Errr...Apa itu Insomnia ?Penyakit insomnia adalah dimana seseorang mengalami susah nak tidur ataupun tidur yang tidak nyenyak (Asyik terjaga @ tidur2 ayam). Dan hal ini terjadi secara berterusan.Selalunya perempuan lagi senang nak kena penyakit ni.
Apakah punca terjadinya insomnia? Berdasarkan hasil peng'google'an aku, punca terjadinya insomnia ialah :
Apakah punca terjadinya insomnia? Berdasarkan hasil peng'google'an aku, punca terjadinya insomnia ialah :
- Stress - Walaupun penyakit ni boleh menyerang semua peringkat usia namun kebanyakkanya meningkat seiring usia. Biasanya semakin usia bertambah, semakin banyak tekanan seseorang individu itu terima.(Selalunya aku susah tidur time2 cuti sem, takdak la pulak aku stress)
- Demam, selsema,asma atau apa-apa penyakit yang menganggu tubuh kita.(Takdak sakit2 pun)
- Environment tempat tidur tu sendiri pun mungkin menjadi faktor penyakit Insomnia ni.Maybe sebab ketidak selesaan tempat tidur atau gangguan nyamuk dll.(Ok ja bilik aku ni)
- Minum minuman keras atau kopi sebelum tidur.(Dalam rumah aku yang keras semuanya tidak diminum.Aku Islam.Tak minum air kencing syaiton.Kopi pun tak minum)
- Tempat tidur dijadikan tempat untuk semua aktiviti seperti bekerja, membaca buku dan sebagainya.(Yang ni maybe la)
Jadi macammana nak selesaikan masalah SUSAH TIDUR aku neh?Sekali lagi,berdasarkan hasil peng'google'an aku, cara-cara mengatasi penyakit Insomnia ni ialah :
- Cari jalan untuk mengatasi atau mengurangkan stress. Apa yang aku belajar dulu, stress ni kalau tak diatasi bukan setakat Insomnia,gila pun boleh.Ramai yang bunuh diri sebab stress.Apa yang penting kita kena tau la apa punca kita stress kan, baru la kita boleh kurangkan stress kita ni.(Takmo cakap banyak pasal stress,google sendiri lah! hehe)
- Mandi air hangat sebelum tidur.
- Tiru style Mr.Bean -kira kambing tapi dalam keadaan mata terpejam dari 1 hingga 10,000.(Anda juga boleh menggantikan kambing dengan bintang, lembu,rusa dan sbgnya.Hehehe)
- Mendengar muzik yang slow dan tenang seperti lagu canon, kitaro, dan sebagainya.
- Tidur di tempat yang selesa, tutup lampu dan kalau ada bunyi2 yang boleh menganggu kita tidur, cuba hindarkan.(Kalau ada jiran yang bising tgh2 malam, sumbat ja mulut dia dengan belacan)
- Belajar untuk tidur dengan masa yang teratur.(Mungkin ni lah masalah aku.Aku tidur tak ikut time)
Aku rasa aku ni susah nak tidur sebab dah terbiasa penghujung sem aku selalu tidur lewat.Pastu bila dah balik rumah ni, aku syok melayan FB,game & movie sampai ke lewat pagi. So, dah jadi terbiasa la.Alamak, dah dekat -pukul 6.30.Ini kalau aku tidur ni mesti lambat nak bangun.Petang nanti sedara mara jauh nak datang.Aku tak kemas bilik lagi.Mesti mak aku fire la satgi ni.Hab~is la zzZZZ aku ZZzzzzzzz...
Nov 24, 2010
Tokek oh Tokek
Berdasarkan video yang aku curi dari youtube ni, mesti semua boleh tau pasaipa org panggil cicak gergasi ni tokek kan? Sebenarnya cicak gergasi ni ada banyak nama.Mat saleh panggil tokek ni Gekko ,Gecko ataupun Tucktoo. Dalam bahasa lain pula, cicak ini dikenali sebagai teko atau tekek (bahasa jawa), dan tokek (bahasa sunda).Kalau aku bela tokek ni maybe aku panggil dia Bobby (jantan) or Sherry (betina).
Bagi sesetengah masyarakat, mereka mempercayai tokek merupakan pembawa hantu (plak dah).Dalam sejarah perkembangannya, tokek dipercayai mempunyai hubung kait dengan mahluk halus. Ada yang mengkaitkan tokek dengan peristiwa Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Hira, dimana Tokek memberitahu kepada pasukan Abu Jahal melalui jin yang mendampinginya, bahawa Rasulullah s.a.w berada di dalam gua tersebut. Namun, Rasulullah s.a.w selamat kerana dilindungi sarang labah-labah yang tebal.Tapi ni aku pun tak brani nak komen lebih la,sebab yang aku belajar kat sekolah dulu,cicak yang bgtau kat Abu Jahal bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersembunyi dalam gua tu.Takdak plak ustazah aku bgtau nama spesifik cicak tu (tokek).Hurm..Kalau betul cicak yang dimaksudkan tu ialah tokek,sanggup ka org nak bunuh tokek pada malam jumaat?Ncit Ncit Ncit ~Hurm..ada juga masyarakat (bagi aku menda ni karut teruk) yang percaya bila tokek mengeluarkan bunyi “tokek” ,ni bermakna ia menyeru makhluk halus.Jeng3.Makin kerap dan berulang-ulang si tokek berbunyi,maknanya makhluk tu makin dekat.
Tokek akan memutuskan ekornya apabila ia rasa terancam dan biasanya ekor tokek akan 'tergodek-godek' dalam masa 30 min(samaada ekor dia tumboh balik ka dak tu aku pn taktau) bagi mengalihkan perhatian pemangsa.Ada yang mengatakan jika digigit tokek, haiwan ini takkan melepaskan gigitannya sehinggalah guruh berbunyi (dah macam lintah bulan n kura2 plak dah).Yang tu aku taktau la sbb biasanya aku yang gigit tokek,bukan dia geget aku muahahaha.Jari jemari tokek yang unik membolehkan ia melekat di permukaan dinding yang licin seperti tobey maguire a.k.a spiderman . Sempoi la tokek !!!
Kenapa tokek ni 'Hot' sangat skarang ni? Sampai berjuta-juta ringgit pun orang sanggup beli.Bersepah2 lagu tokek dah ada dalam youtube skarang neh.Tokek mahal bukan kerana ia pandai menyanyi ,tetapi kerana khasiatnya yang dipercayai mampu menyembuhkan semua penyakit. Haimeh?Betul ka ni?Kononnya bahagian tubuh haiwan ini seperti lidah dan usus mampu menyembuhkan semua penyakit termasuklah HIV/AIDS.Ewah2,kalau betul la tokek ni boleh menyembuhkan HIV/AIDS mesti lah 'set2' layan tutt kat Danok dah tak takut terkena jangkitan virus berbahaya ni lagi.Kan?Kan?
Salah satu lagu tokek yang panas kat youtube
Kajian di China yang membuat serbuk dari enzim tokek dan dieksperimenkan pada tikus, ddidapati tikus yang dah stone dengan serbuk tokek ini tidak mati walau disuntik dengan macam-macam penyakit, manakala tikus yang tak stone plak mati bila disuntik dengan penyakit2 berbentuk biologi.Dari eksperimen ni plak ada yang percaya tokek sedang dikaji untuk digunakan sebagai penawar bagi perang dunia ke3 kerana perang ini tidak lagi meggunakan nuklear dan senjata api,tetapi senjata utama perang ini ialah senjata kimia seperti virus2 berbahaya yang mampu meragut nyawa manusia(H1N1,Selsema burng dll).
Mesti ramai yang teruja kalau tau harga pasaran tokek buat masa la ni.Hahahaha.Gila arhh..Kalau boleh jual tokek ni,bukan setakat boleh pakai kereta mewah, motor LC tu aku pakai buang ja!Try usha tgk harga tokek buat masa la ni~
SENARAI HARGA TERKINI TOKEK (GERMANY):
220GM-249GM = RM5000
250GM-279GM = RM10,000
280GM-299GM = RM20,000
300GM-499GM = RM300,000.00
500GM-999GM = RM900,000.00
1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM20 JUTA
220GM-249GM = RM5000
250GM-279GM = RM10,000
280GM-299GM = RM20,000
300GM-499GM = RM300,000.00
500GM-999GM = RM900,000.00
1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM20 JUTA
Kalau tgk muka tokek ni,nampak bodoh ja muka diakan?Kalau taktau cicak ni mahal mesti ramai yang rasa nak pijak ja kpala tokek ni.Haha.Tapi skarang ni tokek dah famous.Ramai yang kenal tokek berbanding Roshmonu.So ramai yang nak jadi pemburu tokek.Sampai terabai anak bini pun ada.Adoilaaa~macam2.Dah2.Takat ni ja aku larat merapu pasai tokek.Semoga informasi ni berguna untuk semua. Piece ~
Nov 23, 2010
Facebook Prank
Ini lah masanya nak pekena memba2 dalam FB anda. Copy link ni http://facebook.com/profile.php?=73322363 . . . pastu paste ja kat status anda . Contoh - "Inilah manusia paling buruk kat muka bumi ni http://facebook.com/profile.php?=73322363 ". . .link ni berfungsi macam icon profile kat atas page anda.So,sesiapa yang tekan link ni (konon2 nak tgk sapa manusia buruk tu) akan balik ke page dia sendiri.Aishh.x caya ka?klik la kat link ni (pastikan anda mmg log in akaun fb anda).Apa akan jadi kalau anda tekan ctrl w pada masa yang sama lepas anda baca artikel ni ? Ncit Ncit Ncit !
Subscribe to:
Posts (Atom)







