Pages

Sila Klik

Nov 29, 2010

Rokok dan Banglo


Ada satu cerita menarik yang aku nak kongsi dengan semua kali ni. Aku pun terbaca cerita ni dalam Facebook kawan aku.Aku rasa benda ni menarik so aku nak kongsi sikit dengan anda semua. Hehehe.Selamat membaca.


Ali berjumpa doktor kerana batuk-batuk


Ali: Selamat pagi doktor…


Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?


Ali: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.


Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?


Ali: Betul doktor, saya memang perokok.




Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?


Ali: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun.


Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?

cuba kira, satu hari dikali dengan 1 bungkus rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…

sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah).


Ali: Doktor tak merokokkan?


Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)


Ali: Doktor ada banglo mewah macam tu?


Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?


Ali : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..huhu


Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya.



TAPI CAMANA PUN ROKOK TETAP BAHAYA N BUKAN MUDAH UNTUK PEROKOK BERHENTI MEROKOK BILA DAH MULA KETAGIH.YANG TAK MEROKOK JANGAN GATAI MENCOBA,YANG MEROKOK CUBALAH BERHENTI DAN YANG DAH CUBA ,TAPI GAGAL TERUSKAN JA LA MEROKOK SAMPAI MAMPOS.HAHA.

Nov 26, 2010

Gambar Panas



Ramai orang kata bahagian lens kamera ni paling sedap.














Nov 25, 2010

:( Nafsu Serakah

Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.

Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.
Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.





Sekadar gambar hiasan
Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK

Rokok membahayakan kesihatan

Ujian Personaliti

Ada macam2 ujian personaliti yang boleh di  buat.Kat bawah ni ialah salah satu daripadanya.Try la.Tp kena jujur,jangan tgk jawapan sebelum anda jawab soalan ini.


1- Warna kegemaran anda ? 
Nyatakan 3 perkataan untuk menghuraikan pilihan anda 

2-Sekiranya anda boleh menjadi sejenis haiwan, apakah haiwan itu?
Nyatakan 3 perkataan untuk menjelaskan pilihan anda 

3-Bayangkan suatu air terjun. Nyatakan 3 perkataan untuk menerangkan perasaan anda.


4-Imaginasikan warna putih. Nyatakan 3 perkataan untuk menyatakan perasaan anda 





Jawapannya ?????? 

(1)Huraian anda tentang warna kegemaran anda adalah pandangan anda terhadap diri anda sendiri. 

(2) Huraian anda tentang apa yang anda ingin jadi sebagai binatang adalah pandangan org tentang anda. 

(3) pandangan anda tentang air terjun adalah pandangan anda tentang seks. 

(4) pandangan anda tentang warna putih adalah cara anda melihat suatu kematian

Kenanganku 2

Chapter 1

Aku time kecik dulu kuat teghiak (menangeh). Mengalahkan heroin korea. Mengamuk pun kuat. Sekali aku mengamuk dulu, habeh satu rumah aku guling. Nasib bek la En Tajuddin a.k.a abah aku ni 'cool' orangnya. Kalau aku teghiak tak berenti, selalunya dia akan dukung aku (time tu ringan lagi) masuk dalam kereta,pastu bawak aku ronda2.Hahaha.Maka, berondalah aku dengan abah dalam area berek polis Selama tu sampai la aku puaih hati ~



Chapter 2


Pernah satu malam aku duduk dekat pintu.Time ni umur dalam lingkungan 5-6 tahun.Aku dok perati budak2 lain dok sibuk main bunga api.Aku tak dibenarkan main bunga api sbb dah banyak kes budak2 renovate bunga api jadi bom masa tu (sebelum ni rilek ja abah bawak balik segala mak nenek mercun,tapi raya taun ni dia dah start larang aku men bunga api n mercun).Aku pun buat drama sorang2 kat tepi pintu.Aku menitiskan air mata memerhatikan budak2 lain tgh berseronok main bunga api.Dekat2 pukul 11 camtu,abah pasan aku menangis dalam diam.Hehe.Bila dia tanya aku habaq aku sedih takleh men bunga api.Terus dia keluaq p pekan Selama p cari bunga api.Padahai waktu tu kedai smua dah tutup.Rilek ja dia p ketuk kedai cina selama tu.Dapat la aku main bunga api,hehe.He,aku ni jenih tak minta direct kalau aku nak apa2.Kena wat drama lu baru best.Aku dapat motor pun lepaih puaih berjalan kaki p sekolah lu.(3 km kot.).Tu pun dah masok u baru dapat.:p




Chapter 3


En.Tajuddin n Puan Asma bersara awal n taun 1995 kami pindah mai Jitra. Sebaik saja pindah Jitra, abah aku dapat tau dia ada sakit kencing manis. Tu pun lepas tgk rancangan Nona (kalau tak silap la).Then,dia jatuh sakit.Makin lama makin teruk. Jarang dapat dok rumah.Dia selalu masuk wad.So aku pun banyak spent masa kat hospital la.Sekolah pn jarang p.Time ni badan dia kurus sangat. Maksu yang jaga aku waktu abah masuk hospital.Sunyi rasanya sebb duduk umah bertiga ja time ni (tok aku ada tapi dia pun uzur).Kaklang n kakcik time tu belajar lagi.Cuti panjang baru la depa balik.






Chapter 4


Makin lama abah makin uzur. Dia makin tak bermaya.Sedih tgk dia.Dulu waktu sihat abah ni seorang yang ceria.Ada ja cerita2 lawak yang dia nak kongsi.Tapi dalam lawak2 dia pun,jangan dok cari pasai la.Silap sikit ,PANNGGGG kat muka.Hahaha.(aku tak pernah kena penampaq dia,abg n kakak2 aku pnh la sbb depa buaih sangat.Huahuahua).Bila dah jatuh sakit ni,makan pun kena suapkan.Nak bangun pun kena papah dia.sedihnya tgk dia waktu ni.Satu hari tu,aku masuk bilik dia nak jumpa mak aku sbb aku nak minta tolong dia ajar aku wat homework.Aku taktau la apa aku dah buat,tiba2 abah jerkah aku soh keluar dari bilik.Dia kata dia benci aku.Aku pun terpinga2 keluar dari bilik.Huhuhu.Beberapa hari pas tu plak,satu pagi tu dia gerak mak aku .Dia tanya "anak bongsu kita tu nama apa?".Nahhaiii...Jawab la puan Asma tu walaupun soalan tu agak aneh.Huhu.Abah meninggal dunia selepas beberapa hari dia tanya nama aku.




Chapter 5
Pada umur 10 tahun aku kehilangan abah. Bila aku tgk memba2 aku time tu,jeles pn ada.Jeles bila aku tgk kawan2 aku dengan ayah depa. Huhu. Nak wat camana.Allah lebih menyayangi dia.Nanti kita pun akan ke sana..Setiap yang hidup pastikan mati.aku doakan Abah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.




Al-Fatihah

Kenanganku

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku...

Hoho...itulah lagu terbest aku nyanyi kat ayah dulu.Hurmmm..Org yang aku panggil ayah/ayah tok rahman  ni bukan bapak aku tapi tokwan aku la.Tiap kali balik kuantan,mesti aku nyanyi kat ayah..Kiranya cam audition AF gak la...Cuma ayah tak pernah komen klu pitching aku lari.rindu nak nyanyi lagu ni ngan ayah tok rahman..huhu...dulu kalau balik kuantan ngan arwAh abah,aku selalu cakap kat abah,jangan gtau ayah kita balik....bila dah sampai, aku kol umah ayah guna public phone depan rumh tu ja...tapi slalunya kantoi bila ada motor llu depan umah ayah...hahaha...Aku tak pernah kena marah ngan ayah n wan,tapi ada sekali tu ayah tok rahman marah coz aku panjat katil dia(bilik auntie fara dulu)..huhu..cuak ABAQ HANg!haha..time tu dia ngah makan kat dapuq..

Wan seorang nenek yang baik..hu..lemah lembut..(heran...mama garang gila)...wan baik ngan aku...rasa cam tk percaya bila dengaq wan meninggal malam tu,coz dalam beberapa jam sebelum tu auntie linda ada kol mama...sbb wan tak sihat...mama kta wan demam kot.(kalau tak silap la) ...kesian mama,time tu taktau nak wat camana..sebab dah lewat..transportnya enggak ada...naseb bek ada jiran nak tolong hantar sampai pahang...tq pak cik mat...sedih tgk mama time tu...

Aku tak banyak sangat kenangan ngan wan...ayah..coz aku cucu jauh...cucu UTARA la katakan...aku sempat merasa ada abah pn dalam 10 tahun ja.Pasai En.Tajuddin ,aku cerita lain kali.
Walau pn masa aku bersama ngan mereka bertiga singkat,tapi aku bersyukur sbb sempat merasa kasih sayang mereka yang tiada ternilainya...




Al-fatihah...

Abah
Ayah
Ayah dan Wan







Nov 24, 2010

Tokek oh Tokek

      Berdasarkan video yang aku curi dari youtube ni, mesti semua boleh tau pasaipa org panggil cicak gergasi ni tokek kan? Sebenarnya cicak gergasi ni ada banyak nama.Mat saleh panggil tokek ni Gekko ,Gecko ataupun Tucktoo. Dalam bahasa lain pula, cicak ini dikenali sebagai teko atau tekek (bahasa jawa), dan tokek (bahasa sunda).Kalau aku bela tokek ni maybe aku panggil dia Bobby (jantan) or Sherry (betina).

     Bagi sesetengah masyarakat, mereka mempercayai tokek merupakan pembawa hantu (plak dah).Dalam sejarah perkembangannya, tokek dipercayai mempunyai hubung kait dengan mahluk halus. Ada yang mengkaitkan tokek dengan peristiwa Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Hira, dimana Tokek memberitahu kepada pasukan Abu Jahal melalui jin yang mendampinginya, bahawa Rasulullah s.a.w berada di dalam gua tersebut. Namun, Rasulullah s.a.w selamat kerana dilindungi sarang labah-labah yang tebal.Tapi ni aku pun tak brani nak komen lebih la,sebab yang aku belajar kat sekolah dulu,cicak yang bgtau kat Abu Jahal bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersembunyi dalam gua tu.Takdak plak ustazah aku bgtau nama spesifik cicak tu (tokek).Hurm..Kalau betul cicak yang dimaksudkan tu ialah tokek,sanggup ka org nak bunuh tokek pada malam jumaat?Ncit Ncit Ncit ~Hurm..ada juga masyarakat (bagi aku menda ni karut teruk) yang percaya bila tokek mengeluarkan bunyi “tokek” ,ni bermakna ia menyeru makhluk halus.Jeng3.Makin kerap dan berulang-ulang si tokek berbunyi,maknanya makhluk tu makin dekat.


     Tokek akan memutuskan ekornya apabila ia rasa terancam dan biasanya ekor tokek akan 'tergodek-godek' dalam masa 30 min(samaada ekor dia tumboh balik ka dak tu aku pn taktau) bagi mengalihkan perhatian pemangsa.Ada yang mengatakan jika digigit tokek, haiwan ini takkan melepaskan gigitannya sehinggalah guruh berbunyi (dah macam lintah bulan n kura2 plak dah).Yang tu aku taktau la sbb biasanya aku yang gigit tokek,bukan dia geget aku muahahaha.Jari jemari tokek yang unik membolehkan ia melekat di permukaan dinding yang licin seperti tobey maguire a.k.a spiderman . Sempoi la tokek !!!

     Kenapa tokek ni 'Hot' sangat skarang ni? Sampai berjuta-juta ringgit pun orang sanggup beli.Bersepah2 lagu tokek dah ada dalam youtube skarang neh.Tokek mahal bukan kerana ia pandai menyanyi ,tetapi kerana khasiatnya yang dipercayai mampu menyembuhkan semua penyakit. Haimeh?Betul ka ni?Kononnya bahagian tubuh haiwan ini seperti lidah dan usus mampu menyembuhkan semua penyakit termasuklah HIV/AIDS.Ewah2,kalau betul la tokek ni boleh menyembuhkan HIV/AIDS mesti lah 'set2' layan tutt kat Danok dah tak takut terkena jangkitan virus berbahaya ni lagi.Kan?Kan?

Salah satu lagu tokek yang panas kat youtube


     Kajian di China yang membuat serbuk dari enzim tokek dan dieksperimenkan pada tikus, ddidapati  tikus yang dah stone dengan serbuk tokek ini tidak mati walau disuntik dengan macam-macam penyakit, manakala tikus yang tak stone plak mati bila disuntik dengan penyakit2 berbentuk biologi.Dari eksperimen ni plak ada yang percaya tokek sedang dikaji untuk digunakan sebagai penawar bagi perang dunia ke3 kerana perang ini tidak lagi meggunakan nuklear dan senjata api,tetapi senjata utama perang ini ialah senjata kimia seperti virus2 berbahaya yang mampu meragut nyawa manusia(H1N1,Selsema burng dll).

     Mesti ramai yang teruja kalau tau harga pasaran tokek buat masa la ni.Hahahaha.Gila arhh..Kalau boleh jual tokek ni,bukan setakat boleh pakai kereta mewah, motor LC tu aku pakai buang ja!Try usha tgk harga tokek buat masa la ni~

SENARAI HARGA TERKINI TOKEK (GERMANY):
220GM-249GM = RM5000
250GM-279GM = RM10,000
280GM-299GM = RM20,000
300GM-499GM = RM300,000.00
500GM-999GM = RM900,000.00
1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM20 JUTA


Kalau tgk muka tokek ni,nampak bodoh ja muka diakan?Kalau taktau cicak ni mahal mesti ramai yang rasa nak pijak ja kpala tokek ni.Haha.Tapi skarang ni tokek dah famous.Ramai yang kenal tokek berbanding Roshmonu.So ramai yang nak jadi pemburu tokek.Sampai terabai anak bini pun ada.Adoilaaa~macam2.Dah2.Takat ni ja aku larat merapu pasai tokek.Semoga informasi ni berguna untuk semua. Piece ~

     
     

Nov 23, 2010

Facebook Prank


Ini lah masanya nak pekena memba2 dalam FB anda. Copy link ni http://facebook.com/profile.php?=73322363 . . . pastu paste ja kat status anda . Contoh - "Inilah manusia paling buruk kat muka bumi ni http://facebook.com/profile.php?=73322363 ". . .link ni berfungsi macam icon profile kat atas page anda.So,sesiapa yang tekan link ni (konon2 nak tgk sapa manusia buruk tu) akan balik ke page dia sendiri.Aishh.x caya ka?klik la kat link ni (pastikan anda mmg log in akaun fb anda).Apa akan jadi kalau anda tekan ctrl  w pada masa yang sama lepas anda baca artikel ni ? Ncit Ncit Ncit !

Aku Seorang Blogger

Ncit Ncit Ncit . . . hihi..
Akhirnya aku terjebak juga dengan dunia blog ni.
Haishhh... Macam tak boleh diterima akai pun ada.
Biaq la kan? Bukan aku kacau org pun. Tak suka jangan baca . Bukan susah ~ Tak puaih hati habaq mai,kita bersua!(tak padan ngan aku).
Bukannya apa,aku dok perati semua org la ni dok kalut ada blog,aku pn kena ada.kan?kan?
Menulis blog ni aku jadikan aktiviti untuk aku buat time2 cuti ni.So ,tak la bosan sangat . 
Takda la tidur 24 jam.

So...bertarikhkan 23 Nov, jam 1.42 pagi - bermulalah hidupku sebagai seorang penulis Blog. Ncit Ncit Ncit !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...