Pages

Sila Klik

Nov 24, 2010

Tokek oh Tokek

      Berdasarkan video yang aku curi dari youtube ni, mesti semua boleh tau pasaipa org panggil cicak gergasi ni tokek kan? Sebenarnya cicak gergasi ni ada banyak nama.Mat saleh panggil tokek ni Gekko ,Gecko ataupun Tucktoo. Dalam bahasa lain pula, cicak ini dikenali sebagai teko atau tekek (bahasa jawa), dan tokek (bahasa sunda).Kalau aku bela tokek ni maybe aku panggil dia Bobby (jantan) or Sherry (betina).

     Bagi sesetengah masyarakat, mereka mempercayai tokek merupakan pembawa hantu (plak dah).Dalam sejarah perkembangannya, tokek dipercayai mempunyai hubung kait dengan mahluk halus. Ada yang mengkaitkan tokek dengan peristiwa Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Hira, dimana Tokek memberitahu kepada pasukan Abu Jahal melalui jin yang mendampinginya, bahawa Rasulullah s.a.w berada di dalam gua tersebut. Namun, Rasulullah s.a.w selamat kerana dilindungi sarang labah-labah yang tebal.Tapi ni aku pun tak brani nak komen lebih la,sebab yang aku belajar kat sekolah dulu,cicak yang bgtau kat Abu Jahal bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersembunyi dalam gua tu.Takdak plak ustazah aku bgtau nama spesifik cicak tu (tokek).Hurm..Kalau betul cicak yang dimaksudkan tu ialah tokek,sanggup ka org nak bunuh tokek pada malam jumaat?Ncit Ncit Ncit ~Hurm..ada juga masyarakat (bagi aku menda ni karut teruk) yang percaya bila tokek mengeluarkan bunyi “tokek” ,ni bermakna ia menyeru makhluk halus.Jeng3.Makin kerap dan berulang-ulang si tokek berbunyi,maknanya makhluk tu makin dekat.


     Tokek akan memutuskan ekornya apabila ia rasa terancam dan biasanya ekor tokek akan 'tergodek-godek' dalam masa 30 min(samaada ekor dia tumboh balik ka dak tu aku pn taktau) bagi mengalihkan perhatian pemangsa.Ada yang mengatakan jika digigit tokek, haiwan ini takkan melepaskan gigitannya sehinggalah guruh berbunyi (dah macam lintah bulan n kura2 plak dah).Yang tu aku taktau la sbb biasanya aku yang gigit tokek,bukan dia geget aku muahahaha.Jari jemari tokek yang unik membolehkan ia melekat di permukaan dinding yang licin seperti tobey maguire a.k.a spiderman . Sempoi la tokek !!!

     Kenapa tokek ni 'Hot' sangat skarang ni? Sampai berjuta-juta ringgit pun orang sanggup beli.Bersepah2 lagu tokek dah ada dalam youtube skarang neh.Tokek mahal bukan kerana ia pandai menyanyi ,tetapi kerana khasiatnya yang dipercayai mampu menyembuhkan semua penyakit. Haimeh?Betul ka ni?Kononnya bahagian tubuh haiwan ini seperti lidah dan usus mampu menyembuhkan semua penyakit termasuklah HIV/AIDS.Ewah2,kalau betul la tokek ni boleh menyembuhkan HIV/AIDS mesti lah 'set2' layan tutt kat Danok dah tak takut terkena jangkitan virus berbahaya ni lagi.Kan?Kan?

Salah satu lagu tokek yang panas kat youtube


     Kajian di China yang membuat serbuk dari enzim tokek dan dieksperimenkan pada tikus, ddidapati  tikus yang dah stone dengan serbuk tokek ini tidak mati walau disuntik dengan macam-macam penyakit, manakala tikus yang tak stone plak mati bila disuntik dengan penyakit2 berbentuk biologi.Dari eksperimen ni plak ada yang percaya tokek sedang dikaji untuk digunakan sebagai penawar bagi perang dunia ke3 kerana perang ini tidak lagi meggunakan nuklear dan senjata api,tetapi senjata utama perang ini ialah senjata kimia seperti virus2 berbahaya yang mampu meragut nyawa manusia(H1N1,Selsema burng dll).

     Mesti ramai yang teruja kalau tau harga pasaran tokek buat masa la ni.Hahahaha.Gila arhh..Kalau boleh jual tokek ni,bukan setakat boleh pakai kereta mewah, motor LC tu aku pakai buang ja!Try usha tgk harga tokek buat masa la ni~

SENARAI HARGA TERKINI TOKEK (GERMANY):
220GM-249GM = RM5000
250GM-279GM = RM10,000
280GM-299GM = RM20,000
300GM-499GM = RM300,000.00
500GM-999GM = RM900,000.00
1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM20 JUTA


Kalau tgk muka tokek ni,nampak bodoh ja muka diakan?Kalau taktau cicak ni mahal mesti ramai yang rasa nak pijak ja kpala tokek ni.Haha.Tapi skarang ni tokek dah famous.Ramai yang kenal tokek berbanding Roshmonu.So ramai yang nak jadi pemburu tokek.Sampai terabai anak bini pun ada.Adoilaaa~macam2.Dah2.Takat ni ja aku larat merapu pasai tokek.Semoga informasi ni berguna untuk semua. Piece ~

     
     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...