Pages

Sila Klik

Apr 20, 2011

Ludah Dalam Air Soya

Menjijikkan ! Seorang peniaga soya di Bangi kantoi meludah dalam setiap bungkusan air sebelum diikat.

Macam2 ragam manusia zaman sekarang.Nak untung punya pasal la ni.Hati-hati kepada semua yang nak beli air soya .Jangan terminum ludah orang sudah...euw...

Apr 6, 2011

Jodoh

Jodoh Syaitan - ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai 
dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya
terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur.
Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.


Jodoh Jin - Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui
bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya 
sehinggalah mereka dapat berkahwin.


Jodoh Allah - iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati 
dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) 
berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…" 

Nota Aku-Entry ini diambil dari blog nachtlichtvedentta .

Bila baca entry ni, baru aku sedar dan tahu yang terdapat pasangan yang
 dijodohkan oleh jin dan syaitan.Semoga aku dijauhkan dari perbuatan 
terlarang dan menjaga kesucian cinta itu sehinggalah tiba saat perkahwinan.
Aku harap sangat yang jodoh aku ialah jodoh yang ditentukan oleh Allah,
bukannya syaitan atau jin dan jodoh aku ini akan kekal sehingga ke akhir hayat aku.
Amin.


Apr 4, 2011

Aku Budak Baru Belajar

Kagum aku tengok blog-blog otai kat Malaysia ni .Followers beribu-ribu.Jealous pun ada. Tapi takleh nak kata apa la. Pengisian blog otai-otai ni memang power.Nak dibandingkan dengan blog aku ni...Macam langit dan bumi.Biasa la kan,aku budak baru belajar.Memang la serba kekurangan.




Beberapa hari yang lepas aku telah menjalankan aktiviti blogwalking dan aku terbaca sebuah article yang bertajuk '5 punca mengapa kurang pembaca setia di blog' .Entry ini aku baca di blog sollehahn.com .


Menurut En.Sollehahn antara punca-punca kurangnya pembaca setia di blog ialah kerana faktor :




1. Bahasa
Bahasa yang tidak sesuai ketika menulis menjadi salah satu faktor utama pelawat malas untuk membaca post-post anda. “kitew”, “citew”, “korunk”, dan macam-macam lagi gaya penulisan yang keanak-anakan. Ramai yang beranggapan penulis yang menulis seperti ini seorang yang mengada-ngada, menyebabkan pembaca merasa meluat.
Gaya penulisan yang biadap, kurang ajar juga mempengaruhi pembaca. Pembaca tidak mahu mendengar leteran anda, sumpah seranah, caci-maki anda dalam blog.

Apa kata aku -Sangat setuju dengan pandangan encik Sollehahn ni sebab bahasa adalah faktor penting untuk menarik minat dan memanipulasikan mood pembaca .blog ini aku yang punya memang lemah dalam penggunaan bahasa.Bahasa blog aku sememangnya terabur.Lepas baca article ni,aku sedar yang aku perlu ubah cara penggunaan bahasa entry aku supaya menjadi lebih matang dan menarik.
2. Aspek Teknikal
Theme caca-marba, widget bersepah, lagu/video autoplay, font yang tidak sesuai, susunan teks, semuanya mempengaruhi pembaca. Cuba dapatkan respon dari pelawat untuk mendapatkan konfigurasi terbaik blog anda.
Blog yang terlampau berat juga menyebabkan pelawat tidak singgah semula, terutamanya pengguna broadband.

Apa kata aku - Sememangnya betullah apa yang dinyatakan disini.Tapi aku plak baru berminat nak menambah widget merapu2 ni.Nampaknya blog ini aku yang punya perlu diubah suai lagi.
3. Tajuk yang tidak sesuai
Saya pernah terangkan secara ringkas dalam artikel sebelum ini ;  5 Perkara Asas Dalam Blog. Tidak dinafikan, ada blogger yang menggunakan kaedah ini untuk menarik trafik. Tajuk yang digunakan hanyalah sebagai taktik menarik trafik, sedangkan kandungannya langsung tak berkaitan. Kalau sekali dua, mungkin pembaca kurang ambil berat, tetapi jika berkali-kali tertipu, pasti pembaca terus meletakkan blog anda dalam senarai hitam mereka

Apa kata aku -Seriously aku pernah try buat benda ni.Aduh.Banyaknya kekurangan blog ini aku yang punya .Banyak benda yang perlu diubah dan ditambah untuk membuatkan entry2 dalam blog ini aku yang punya menjadi lebih menarik.
4. Kurang Blogwalking

Hanya segelintir pelawat akan mengingati blog anda selepas sekali kunjungan. Bagi memastikan anda tidak dilupakan, lakukan lawatan ke blog-blog lain dengan kerap. Blogger lain akan mengingati anda jika anda kerap datang ke blog mereka.

Apa kata aku -Blogwalking sememangnya penting untuk menarik orang datang ke blog kita.Mengikut fahaman aku (taktau la betul @ tidak ) blogwalking ni adalah aktiviti meninggalkan jejak di blog orang lain selepas kita meninjau-ninjau entry dalam blog tu. Contohnya tinggalkan komen,tegur2 tuan blog dekat chat box dan sebagainya.
5. Kurang mesra pelawat.
Pelawat merasa kurang dihargai jika kehadiran mereka seperti tidak diendahkan. Cuba bina hubungan dengan pelawat dengan cara membalas komen, dan melakukan kunjungan semula. Apabila ada hubungan yang terjalin, barulah pelawat tidak segan-segan untuk selalu datang bertandang.
Apa kata aku - Setakat ni,memang blog ini aku yang punya tak pernah la nak menyombong dengan pelawat2 yang datang.Insyaallah aku akan balas balik semua komen atau chat yang ditinggalkan oleh pelawat yang datang.Maybe ada yang aku terlepas pandang ,harap maafkan ya.'Aku Budak Baru Belajar' la katakan ...


Original content : Punca kurangnya pembaca setia di blog | sollehahn.com http://sollehahn.com/2011/01/punca-mengapa-kurang-pembaca-setia-di-blog/#ixzz1IZ3mNyjO
Under Creative Commons License: Attribution


Inilah sedikit sebanyak tips yang aku baru belajar dari  http://sollehahn.com/2011/01/punca-mengapa-kurang-pembaca-setia-di-blog/#axzz1IMpfz6DL ..Terima kasih untuk tips yang berguna ni.Kat bawah ni aku nak tag blog-blog yang sememangnya otai untuk dijadikan sebagai benchmark buat bloggers hingusan macam aku ni.

ciktom.com


Sekian untuk kali ni.Harap  blog ini aku yang punya dapat menjadi lebih matang dan menarik di masa hadapan.(Sedang merancang untuk membuat sedikit rombakkan untuk blog aku ni.Hurmmm)

Apr 2, 2011

Bila Aku Hampir Terjatuh

     Sebagai seorang manusia biasa yang tidak bisa terbang ke langit mahupun keupayaan menghilangkan sebuah kereta kebal,aku juga pernah melalui saat-saat genting di mana aku hampir tersungkur jatuh ke dalam kekecewaan dan kegagalan.Aku percaya kalian juga pernah melalui saat sebegini.Rasa dimana kita mahu mengalah,hilang keyakinan diri ,mahu mati atau pun perasaan sepertinya ketinggalan bas terakhir untuk pulang ke desa (Bahasa apa la yang aku guna ni)

      Namun, apakah kalian bisa menurut saja kata-kata  minda kalian yang lemah dan sakit itu.Pastinya tidak bukan?!Pada saat begini,pasti ada something yang bisa menarik tangan kalian ke atas semula dan memastikan anda tidak tersungkoq , tertomoih dan terjatuh ke dalam kegagalan. ;p . . .




Bila aku hampir terjatuh . . .

Aku mesti teringat kat mak aku. Walaupun mak aku suka BERLETIAQ dan BACA BERITA TENGAH MALAM kat aku,tapi bila aku terbayang muka dia (dengan spek besaq dia tu) ..ada sesuatu yang akan menolak aku ke atas semula. Aku pasti boleh berdiri semula tak kira apa musibah yang menimpa aku. 
Makaseh Puan Hasmah @ Asma Binti Ab Rahman  ! I love You  !

Bila aku hampir terjatuh . . .

Bila di flashback balik...Dari kecik sampai dah dewasa ni (23 tahun), belum pernah abang aku berbicara begitu molek sekali dengan aku.Bila aku nyaris tersungkuq beberapa tahun yang lepas,buat prtama kalinya keluar perkataan-perkataan yang begitu menyentuh hati dan perasaan aku.(Tak sangka aku tulis macam ni pasai dia.)
Satu kata2 yang dipeti dari ucapan beliau pada petang itu berbunyi..(dengan menggunakan google transelate) -   " Life is easy.Say Bull Shit for those people that told you life is hard and whatever ! " " You can be who you want to be ." 

Bila aku hampir terjatuh . . .

Jon Bon Jovi pernah berkata pada aku ..."TAJUL..LISTEN TO ME..WHEN I FEEL DOWN..I WILL SING THIS SONG ..IT WILL TAKE MY FEED  BACK ON THE GROUND"

It's my life
It's now or never
I ain't gonna live forever
I just wanna live while I'm alive

(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said, "I did it my way"
I just wanna live while I'm alive
'Cause it's my life



Lagu ni memang best.Lagu ni meyakinkan aku untuk teruskan apa yang aku perjuangkan walaupun hampir gagal.Membakar semangat aku untuk mengejar apa yang aku nak dengan cara aku sendiri biar apa pun orang nak kata.


Ini lah sebahagian elemen yang membantu aku bangun ketika aku hampir jatuh tersungkur ke dalam kegagalan dan kekecewaan.Anda pula bagaimana?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...