Merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik.Dilahirkan di Hospital Taiping Perak dan berpindah ke Jitra seawal umur 7 tahun.Mendapat pendidikan awal di Sek.Keb.Sultan Ahmad Tajuddin semenjak tahun 1996 dan meneruskan persekolahan di Sek.Men.Keb. Jitra pada tahun 2000.Meneruuuuskan lagi pembelajaran aku ke peringkat diploma di UiTM Merbok dalam jurusan Business dan kini sedang mengambil Ijazah jurusan Pengurusan Sumber Manusia di UiTM Arau.Kehilangan ayahnda ketika usia 10 tahun.Aku sangat menyukai suasana yang happening tetapi ada masa ingin mengasingkan diri dari manusia lain apabila terasa semak atau serabut kepala tahap gaban.Tidak suka mengexpresskan rasa marah aku,walaupun ada masa aku terbebaikan diri juga.Banyak bercakap benda yang merepek tapi rasanya dalam otak aku penuh dengan perkara yang serius.Tak pandai senyum dan berwajah garang tetapi aku seorang yang ramah dan suka berkawan.Bercita-cita mahu menternak kambing @ lembu di masa hadapan dan ingin menceburi bidang bisnes.Sangat suka berangan even tengah memandu juga aku berangan.