Pages

Sila Klik

Nov 25, 2010

Kenanganku 2

Chapter 1

Aku time kecik dulu kuat teghiak (menangeh). Mengalahkan heroin korea. Mengamuk pun kuat. Sekali aku mengamuk dulu, habeh satu rumah aku guling. Nasib bek la En Tajuddin a.k.a abah aku ni 'cool' orangnya. Kalau aku teghiak tak berenti, selalunya dia akan dukung aku (time tu ringan lagi) masuk dalam kereta,pastu bawak aku ronda2.Hahaha.Maka, berondalah aku dengan abah dalam area berek polis Selama tu sampai la aku puaih hati ~



Chapter 2


Pernah satu malam aku duduk dekat pintu.Time ni umur dalam lingkungan 5-6 tahun.Aku dok perati budak2 lain dok sibuk main bunga api.Aku tak dibenarkan main bunga api sbb dah banyak kes budak2 renovate bunga api jadi bom masa tu (sebelum ni rilek ja abah bawak balik segala mak nenek mercun,tapi raya taun ni dia dah start larang aku men bunga api n mercun).Aku pun buat drama sorang2 kat tepi pintu.Aku menitiskan air mata memerhatikan budak2 lain tgh berseronok main bunga api.Dekat2 pukul 11 camtu,abah pasan aku menangis dalam diam.Hehe.Bila dia tanya aku habaq aku sedih takleh men bunga api.Terus dia keluaq p pekan Selama p cari bunga api.Padahai waktu tu kedai smua dah tutup.Rilek ja dia p ketuk kedai cina selama tu.Dapat la aku main bunga api,hehe.He,aku ni jenih tak minta direct kalau aku nak apa2.Kena wat drama lu baru best.Aku dapat motor pun lepaih puaih berjalan kaki p sekolah lu.(3 km kot.).Tu pun dah masok u baru dapat.:p




Chapter 3


En.Tajuddin n Puan Asma bersara awal n taun 1995 kami pindah mai Jitra. Sebaik saja pindah Jitra, abah aku dapat tau dia ada sakit kencing manis. Tu pun lepas tgk rancangan Nona (kalau tak silap la).Then,dia jatuh sakit.Makin lama makin teruk. Jarang dapat dok rumah.Dia selalu masuk wad.So aku pun banyak spent masa kat hospital la.Sekolah pn jarang p.Time ni badan dia kurus sangat. Maksu yang jaga aku waktu abah masuk hospital.Sunyi rasanya sebb duduk umah bertiga ja time ni (tok aku ada tapi dia pun uzur).Kaklang n kakcik time tu belajar lagi.Cuti panjang baru la depa balik.






Chapter 4


Makin lama abah makin uzur. Dia makin tak bermaya.Sedih tgk dia.Dulu waktu sihat abah ni seorang yang ceria.Ada ja cerita2 lawak yang dia nak kongsi.Tapi dalam lawak2 dia pun,jangan dok cari pasai la.Silap sikit ,PANNGGGG kat muka.Hahaha.(aku tak pernah kena penampaq dia,abg n kakak2 aku pnh la sbb depa buaih sangat.Huahuahua).Bila dah jatuh sakit ni,makan pun kena suapkan.Nak bangun pun kena papah dia.sedihnya tgk dia waktu ni.Satu hari tu,aku masuk bilik dia nak jumpa mak aku sbb aku nak minta tolong dia ajar aku wat homework.Aku taktau la apa aku dah buat,tiba2 abah jerkah aku soh keluar dari bilik.Dia kata dia benci aku.Aku pun terpinga2 keluar dari bilik.Huhuhu.Beberapa hari pas tu plak,satu pagi tu dia gerak mak aku .Dia tanya "anak bongsu kita tu nama apa?".Nahhaiii...Jawab la puan Asma tu walaupun soalan tu agak aneh.Huhu.Abah meninggal dunia selepas beberapa hari dia tanya nama aku.




Chapter 5
Pada umur 10 tahun aku kehilangan abah. Bila aku tgk memba2 aku time tu,jeles pn ada.Jeles bila aku tgk kawan2 aku dengan ayah depa. Huhu. Nak wat camana.Allah lebih menyayangi dia.Nanti kita pun akan ke sana..Setiap yang hidup pastikan mati.aku doakan Abah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.




Al-Fatihah

2 comments:

chegu abbas said...

tersentuh hatiku bila membacanya....

Tajul said...

Hargailah mereka sementara mereka masih ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...