Pages

Sila Klik

Apr 4, 2011

Aku Budak Baru Belajar

Kagum aku tengok blog-blog otai kat Malaysia ni .Followers beribu-ribu.Jealous pun ada. Tapi takleh nak kata apa la. Pengisian blog otai-otai ni memang power.Nak dibandingkan dengan blog aku ni...Macam langit dan bumi.Biasa la kan,aku budak baru belajar.Memang la serba kekurangan.




Beberapa hari yang lepas aku telah menjalankan aktiviti blogwalking dan aku terbaca sebuah article yang bertajuk '5 punca mengapa kurang pembaca setia di blog' .Entry ini aku baca di blog sollehahn.com .


Menurut En.Sollehahn antara punca-punca kurangnya pembaca setia di blog ialah kerana faktor :




1. Bahasa
Bahasa yang tidak sesuai ketika menulis menjadi salah satu faktor utama pelawat malas untuk membaca post-post anda. “kitew”, “citew”, “korunk”, dan macam-macam lagi gaya penulisan yang keanak-anakan. Ramai yang beranggapan penulis yang menulis seperti ini seorang yang mengada-ngada, menyebabkan pembaca merasa meluat.
Gaya penulisan yang biadap, kurang ajar juga mempengaruhi pembaca. Pembaca tidak mahu mendengar leteran anda, sumpah seranah, caci-maki anda dalam blog.

Apa kata aku -Sangat setuju dengan pandangan encik Sollehahn ni sebab bahasa adalah faktor penting untuk menarik minat dan memanipulasikan mood pembaca .blog ini aku yang punya memang lemah dalam penggunaan bahasa.Bahasa blog aku sememangnya terabur.Lepas baca article ni,aku sedar yang aku perlu ubah cara penggunaan bahasa entry aku supaya menjadi lebih matang dan menarik.
2. Aspek Teknikal
Theme caca-marba, widget bersepah, lagu/video autoplay, font yang tidak sesuai, susunan teks, semuanya mempengaruhi pembaca. Cuba dapatkan respon dari pelawat untuk mendapatkan konfigurasi terbaik blog anda.
Blog yang terlampau berat juga menyebabkan pelawat tidak singgah semula, terutamanya pengguna broadband.

Apa kata aku - Sememangnya betullah apa yang dinyatakan disini.Tapi aku plak baru berminat nak menambah widget merapu2 ni.Nampaknya blog ini aku yang punya perlu diubah suai lagi.
3. Tajuk yang tidak sesuai
Saya pernah terangkan secara ringkas dalam artikel sebelum ini ;  5 Perkara Asas Dalam Blog. Tidak dinafikan, ada blogger yang menggunakan kaedah ini untuk menarik trafik. Tajuk yang digunakan hanyalah sebagai taktik menarik trafik, sedangkan kandungannya langsung tak berkaitan. Kalau sekali dua, mungkin pembaca kurang ambil berat, tetapi jika berkali-kali tertipu, pasti pembaca terus meletakkan blog anda dalam senarai hitam mereka

Apa kata aku -Seriously aku pernah try buat benda ni.Aduh.Banyaknya kekurangan blog ini aku yang punya .Banyak benda yang perlu diubah dan ditambah untuk membuatkan entry2 dalam blog ini aku yang punya menjadi lebih menarik.
4. Kurang Blogwalking

Hanya segelintir pelawat akan mengingati blog anda selepas sekali kunjungan. Bagi memastikan anda tidak dilupakan, lakukan lawatan ke blog-blog lain dengan kerap. Blogger lain akan mengingati anda jika anda kerap datang ke blog mereka.

Apa kata aku -Blogwalking sememangnya penting untuk menarik orang datang ke blog kita.Mengikut fahaman aku (taktau la betul @ tidak ) blogwalking ni adalah aktiviti meninggalkan jejak di blog orang lain selepas kita meninjau-ninjau entry dalam blog tu. Contohnya tinggalkan komen,tegur2 tuan blog dekat chat box dan sebagainya.
5. Kurang mesra pelawat.
Pelawat merasa kurang dihargai jika kehadiran mereka seperti tidak diendahkan. Cuba bina hubungan dengan pelawat dengan cara membalas komen, dan melakukan kunjungan semula. Apabila ada hubungan yang terjalin, barulah pelawat tidak segan-segan untuk selalu datang bertandang.
Apa kata aku - Setakat ni,memang blog ini aku yang punya tak pernah la nak menyombong dengan pelawat2 yang datang.Insyaallah aku akan balas balik semua komen atau chat yang ditinggalkan oleh pelawat yang datang.Maybe ada yang aku terlepas pandang ,harap maafkan ya.'Aku Budak Baru Belajar' la katakan ...


Original content : Punca kurangnya pembaca setia di blog | sollehahn.com http://sollehahn.com/2011/01/punca-mengapa-kurang-pembaca-setia-di-blog/#ixzz1IZ3mNyjO
Under Creative Commons License: Attribution


Inilah sedikit sebanyak tips yang aku baru belajar dari  http://sollehahn.com/2011/01/punca-mengapa-kurang-pembaca-setia-di-blog/#axzz1IMpfz6DL ..Terima kasih untuk tips yang berguna ni.Kat bawah ni aku nak tag blog-blog yang sememangnya otai untuk dijadikan sebagai benchmark buat bloggers hingusan macam aku ni.

ciktom.com


Sekian untuk kali ni.Harap  blog ini aku yang punya dapat menjadi lebih matang dan menarik di masa hadapan.(Sedang merancang untuk membuat sedikit rombakkan untuk blog aku ni.Hurmmm)

15 comments:

mankuchai said...

Salam!

Terima kasih kerana sudi menyenarai blog saya.

Sila baca review blog anda disini

http://mankuchai.com/2011/04/05/review-iniblogakuyangpunya-blogspot-com/

sollehahn said...

terima kasih utk backlink tu...
tak sangka lak ada org anggap saya sebagai blogger otai,sedangkan saya pun masih banyak benda perlu belajar...

komen sikit pasal blogwalking tu...saya lebih suka blogwalking jika sesuatu blog tu ada kandungan yang menarik. bila kita suka topik tu, kita komen. So blogwalking ni bukan setakat tinggalkan jejak, tapi lebih kepada beri respon kepada entri blog.

sollehahn said...

satu lagi nk komen...garisan2biru yang bergerak2 kat tepi tu memang cantik, tapi kandungan flash yang berat macam tak sesuai untuk netbook...browser akan jadi slow dan mungkin crash dalam netbook/pc yg low performance...

Tajul said...

Alhamdulillah dan terima kasih sebab sudi beri moken dan nasihat disini.Saya akan cuba untuk memperbaik kekurangan yang ada pada blog saya ni

Tajul said...

Alhamdulillah dan terima kasih sebab sudi beri komen dan nasihat disini.Saya akan cuba untuk memperbaik kekurangan yang ada pada blog saya ni

Unknown said...

insyaALLAH pendekar akan publishkan entry istimewa untuk tajul nanti...

Unknown said...

yea .. aku stuju dgn entry yg ni.. aku tak suke blog yg warna warni, tulisan besar kecik, font tah ape2, bahasa pasar xpe asalkn boleh phm, lagi satu aku paling anti kal blog tu ade bground muzik!!

Tajul said...

terima kasih banyak2 saudara pendekat..

Unknown said...

info yang menarik pasal blogwalking..tq

Azman Roslan said...

kenapa blog aku pun ada?? heheh.. terima kasih tuan blog.. pendapat anda dalam entri ni memang bagus..

Tajul said...

nama cik azman ada sebab blog anda memang otai lor...hehehe

a.R said...

yeee...setuju lah..! meh la singgah blog sipenyapuburuk.blogspot.com pulak ye...!

CIK TOM said...

tenkiu masukkan link blog cik tom..sori br smpt jenguk..hehee...

pendapat cik tom blog ni...dah ok ringan..utk cdgn yg tajul mintak...cik tom cdgkan entry disebelah kiri dan sidebar kanan...supaya nmpk lg kemas...ni 1 tips pntg juga sbb google bc blog dr kiri ke kanan...so rugi kalau letak sidebar disebelah kanan..sekadar cdgn ciktom..pe pun depend pd tajul :)

Anonymous said...

Daft Punk is an electronic music group consisting of the talented French musicians of Guy-Manuel de Homem-Christo and Thomas Bangalter.
Which features a frame with a completely Flat top, as the name suggests
(think that 80's hair style). Sam is also a reflection of his father and sometimes much worse.

Here is my web page ... daft punk random access memories mp3 free download

Anonymous said...

Somanabolic Muscle Maximizer program is optimized
for the U. Yes we would like muscle, but in the right way, and gaining lean muscle without fat
is the key to doing this. Yes, obviously, it is the most affordable way of buying protein since all you want to do is to obtain those egg whites with a tray of offspring.



Look at my blog :: Muscle Maximizer Review

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...