Pages

Sila Klik

Mar 19, 2011

Kanak-Kanak Riang UiTM Perlis

Assalamualaikum semua sahabat. Apa HABAQ semua ! Lama  aku tak menulis BLOG . Biasa la. Student lagi. Hari-hari sibuk ja kan.Entry kali ni aku nak mengutuk kawan2 baik aku kat UiTM ni sebab mereka semua sedang seronok mengutuk aku. Entry kali ni bertujuan  untuk membalas dendam  !

Orang pertama untuk dikutuk ialah Fauzul Azim a.ka Chor.

Dia ni classmate @ roomate aku. Teruk dia ni. Kepada semua perempuan jangan la amik dia jadi BF sebab...sebab dia dah ada awek la..Handsome ka dia ni ? Kalau tanya tuan punya diri, dia akan kata dia dark tall n handsome. Betui ka? Of course la kan,kalau tak ,takkan la ada orang tu fall in love ngan kawan aku ni.Umur dah 28 tahun  tapi perasan muda lagi. Suka dengar lagu Westlife, Ana raffali, Shiela majid, dan sangat meminati Aliff Aziz. Pandai memasak spegeti dan sangat rajin mengemas rumah ~ . 




Next is Nor Laily a.k.a Lily !





Ini merupakan kawan aku yang palinggggggggggg nakai . Sekali dia wat perangai, habih la aku.Kuat tampaq orang dan sangat ganas tapi merupakan gadis melayu paling ayu dan lembut apabila bersama dengan BF beliau . Hahaha. Merupakan kawan paling caring.Banyak tolong aku.Selalu belanja nasik goreng RM 1 dan merupakan orang yang akan menghidangkan makanan ketika aku dan rakan2 lain mau makan.Dia juga pelajar yang sangat bijak dan dipercayai mempunyai 2 otak (sebab pandai sangat).Respek lah Lily.Dah dua sem dapat anugerah pelajar cemerlang ! Sangat berbakat besar dalam lakonan teater.(nak upload video dalam bilik HRM ka tak ya..hurm..)




Seterusnya...Mr Mujahid a.k.a Moja !

Merupakan kapten dalam aktiviti mengutuk aku. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya ada point untuk kutuk aku.Seorang yang lemah lembut ketika bertutur tetapi cukup kurang sopan! haha. Hari-hari berebut nak men game PES dengan aku.Badan kecik ja, tapi makan macam ada bela 7 saka.Seorang pemain bola UiTM Perlis yang tersohor, pakar dalam bidang photography (tukang tangkap gambaq kelas),pandai berjenaka,memiliki suara emas dan seorang pelajar yang bijak dan rajin.Berasal dari Gerik tapi bukan datang dari kaum asli la. Dulu baru kenal aku ingatkan dia ni Gay, namun semuanya terbongkar apabila dia rupa-rupanya menjalinkan hubungan dengan seorang gadis dari jurusan Marketing.~

Next ! Next ! Kak Farah a.k.a Rara Cemerlang


Sekali pandang, kak farah ni nampak macam Nyonya Melaka kan? Dalam kelas ,bagaikan seorang kakak yang penyayang.Ayu..Tapi,sekali dia gelak,seram bulu roma.Macam pontianak,kuntilanak dan poltergeist. Sangat la funny orang nya. Bertukar watak apabila beliau memegang handle motosikal.Kalah Farid Kamil punya samseng bila dia bersuara. Suka layan lap. Aktiviti harian ialah layan lap kat roundabout UiTM. Belum pernah tewas dalam perlumbaan motosikal peringkat negeri Perlis.Menghormati malam jumaat kerana Hari Jumaat merupakan penghulu bagi semua hari.

Berikutnya ialah Noor Amalia Wahidah a.k.a Ema



Mek Kelantan ni pun boleh tahan gak ni.Nampak ja kecik,tapi merupakan assisstant kepada Kapten Mujahid.Tapi aku tak kisah sangat la.Sebab Kesian ngan  dia.Dia sekarang sakit.Sakit rindu.Rindukan buah hati.Bibir tersenyum,dalam dada sebak mengenangkan seseorang.Sabar la Ema, aku paham.Lol.Suka menari dan menyanyi opera. Sangat aggressive di waktu siang ,makan 2 kali sehari dan boleh bertukar warna.Wah,macam sesumpah@pokke plak Ema ni kan.Kah3...




Next is Otai Karok a.k.a Taufik !


                                       
Tudia!Mamat Perak tepu ni antara kawan aku yang paling baik.Tapi aku nak kutuk gak.Haha.Orang ketiga yang berebut PES. Siok tgk dia men game.Orang pertama main game sambil mencangkung.Tak reti nak dok elok2.Hahahaha.Sangat slumber orangnya.Dia juga seorang yang sangat penyayang.Sangat sayangkan awek yang bernama Ila Shaari.Haha.Setia terok mamat ni.Baguih2.Mak aku kata dia macam Black Mentor.Gila karok sampai bawak balik PA system UiTM kat rumah.Gila la Taufik! lol.


Mereka ini merupakan kawan2 yang menggila bersama aku kat UiTM ni.Haha.Takdak depa maka bosan lah hidop aku.Sekian sudah kali ni.Aku nak kutuk kaw2 takot aku plak kena balik..Hahaha...Assalamualaikum.

3 comments:

jahed said...

haha tu kutuk ak ka puji???ahahaha...tp bab org grik tu bek2 cekt...ak org keel kowt...haha...c al la lu...

Tajul said...

haha...aku puji la...mana brani nak kutuk kaw2..

Ms Amalia said...

ewah2..brubah wrna yer..klu mek kelate ni brtukar wrna hijau(hulk),truk la demo 6t ambo kerjakn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...