Pages

Sila Klik

Dec 17, 2010

Mawar Putih Buat Mama

     Sedar tak sedar, kita dah berada di penghujung 2010. Ini bermakna usia pun makin meningkat.Tahun depan genap la 10 tahun aku meninggalkan zaman sekolah rendah. Dah lama tu!  


     Penghujung tahun 2009 , kawan lama aku tiba-tiba muncul kat pagar rumah. Aiman Akmal nama beliau. Terkejut jugak la. Lepas zaman sekolah rendah kami dah jarang bertegur sapa walaupun kami bersekolah di sekolah menengah yang sama. Waktu di sekolah menengah, aku rasa gap antara kami jauh. Dia budak pandai, aku plak tergolong dalam golongan pelajar 'nakal' time tu. Segan la aku nak berkawan dengan beliau. Terharu rasanya bila dia tiba-tiba cari aku balik. Sejak dari hari tu, kami dah start contact balik.
    
     Al-kisah bermula bila classmate aku yang lagi sorang ni tiba-tiba cadangkan nak buat reunion. Nama beliau ialah Farhan Fader. Sedang belajar di University of Otago dalam jurusan kedoktoran. Dasyat kawan aku ni. Dia mintak aku cari kawan2 lama balik. So, aku pun jual nama Aiman sebab dia lagi banyak contact kawan2 lama.Hehe.Sori Aiman. 


    Memang susah nak buat reunion ni. Sebab masing2 duduk jauh dari Jitra. Ada yang dah berpindah,bekerja,kahwin dan macam2 lagi la. So, tercetus la group Mawar Putih Buat Mama yang di create oleh Aiman menggunakan account Fb beliau. Hehehe. Nama group ni di ambil dari sebuah lagu nyanyian Syarifah Aini dulu. Sebab penyanyi kelas aku (Farhana Zaini) selalu berlatih nyanyi lagu ni dalam kelas muzik Cikgu Hariz (Cikgu favourite Ali Imran).


     Mawar Putih Buat Mama berjaya mengumpul kawan-kawan kelas aku semula. Memang best berkumpul kat sini walau pun blum jumpa face to face lagi.Hehe.Bila aku tgk kawan-kawan aku ni,macam2 ada. Ada yang bakal menjadi doktor,arkitek,cikgu dan macam2 lagi la.Teringat aku waktu dalam kelas dulu,kalau cikgu tanya cita-cita bila dah besar nanti mesti ramai yang sebut tentera,polis,bomba and saintis.Hahaha. kenapa kita tak pernah cakap nak jadi Pengurus Kewangan ka,Pakar sakit puan,ahli psikologi, Supervisor Bahagian QC dan sbgnya.Hahahaha.Kecik2 dulu mana la kita nak tau apa kan.


    Walaupun ramai yang dah join group ni, ada lagi kawan2 aku yang masih belum dapat di kesan. Mana la depa ni semua ya. Rindu kot especially Syafiq Ghani and Firdaus Saiidin.Harap2 depa ni ada Fb . Senang sikit nak cari.


     Bila dan dimana reunion akan dibuat masih belum dapat ditentukan lagi. Sebab ramai yang takda kat Jitra ni. Maybe juga reunion akan dibuat kat tempat lain.Best jugak kalau boleh buat kat tempat2 percutian ni. Sambil berreunion, sambil makan angin.Hehe.Tapi tak kisah lah camana pun. Asalkan dapat jumpa kawan2 lama balik ,itu pun dah cukup.




Kenangan dulu2.Tak banyak gambar yang ada.Time ni tak da lagi yang teringin nak beli DSLR .


    


    

4 comments:

norzaidah said...

hang yang balakang sekali ka?
sebijik cam muka faten.

Tajul said...

yup.comel kan?

Anonymous said...

sian kene duk blakang.....~~ainul~

Tajul said...

yang hensem kena dok belakang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...