Malaysia 3 Indon 0. Sambil menonton bola, aku menulis entry ini walaupun takdak kena mengena dengan Suzuki Cup . Hari ni memang meletihkan.Seharian lepak dengan gajah2 yatim piatu di Pusat Konservasi Gajah National Kuala Gandah, Malaysia.Pukul 8.30 a.m, aku dan family abang aku bertolak ke Kuala Gandah ,Pahang. Kami tiba di sana kira-kira pukul 11 lebih. Sampai2 ja, apa lagi, bergambar la! Hehe.
Sementara nak menunggu aktiviti menungggang dan mandi bersama gajah yang bermula pada pukul 2 ptg, kami melawat anak-anak gajah dan belanja mereka makan kacang cap tangan.
|
Bersama anak sedara |
|
Gajah makan kuat. Gajah dewasa makan 150kg sehari.Patut gemuk. |
|
Sori la dik.Abang mampu belanja makan kacang ja. |
|
Kelaku tidak senonoh dipamerkan oleh abang aku |
|
Gaya seorang ibu
Setelah penat menunggu, tiba masanya untuk menunggang gajah~
|
Selepas menunggang gajah, tibalah masanya yang paling anak sedara aku suka...Mandi sungai bersama gajah.
Selesai ja bermandi manda dengan gajah yang comel tuh~kami pun bersedia untuk pulang.Memang seronok dapat luangkan masa dengan gajah hari ni. Sesiapa yang berminat boleh la pergi ke Kuala Gandah ni.Percuma ,tapi kena booking awal sebab untuk buat aktiviti dengan gajah ni,cuma dibuka untuk 120 orang terawal.120 orang terawal akan mendapat stiker berwarna kuning. Yang lain dapat tengok ja la.Tapi kalau bernaseb baik, dapat juga la mandi dengan anak gajah sebelum pulang.
5 comments:
gajah kuat makan. anat kuat makan..T___T sadis...anat dah mcm gajah. :(hehehehe
anat macam gajah?auta!
waaa !!!!+___+ tinggai aku...ngan ali
sekali-sekala kena tingai gak.baru ada rindu.kah3.
awak..gajah tu comel....t blanja sekoq...nak bela...~~ainul~~
Post a Comment