Pages

Sila Klik

Dec 21, 2010

Wajarkah Pemandu Dipersalahkan?

     Kemalangan ngeri meragut 28 nyawa pagi kelmarin sememangnya menambahkan lagi ke'fobiaan' aku untuk menaiki bas.Sedih bila memikirkan nasib keluarga mangsa yang terlibat.Dalam sekelip mata mereka kehilangan orang yang mereka sayangi.Tiap kali kemalangan seperti ini berlaku,kerap kali orang akan menyalahkan pemandu bas.

     Apa pandangan anda? Wajarkah pemandu bas yang dipersalahkan? Err..YA?atau TIDAK? Memang ada segelintir pemandu bas yang pandu bas mereka macam 'roller coster' dan ada juga yang tertidur ketika memandu.Tapi adakah ini boleh kita jadikan sebagai point untuk mengatakan punca kemalangan itu berlaku? Bagaimana pula dengan nasib pemandu bas yang memandu dengan berhemah, tetapi masih tidak dapat mengelak daripada terjadinya kemalangan?Bukan bas saja, kereta, lori , motosikal  juga sama. Adakalanya kita memandu dengan berhemah,tetapi sikap pemandu lain yang cuai juga mampu menjadi punca kemalangan.Mungkin inilah yang dikatakan takdir kan.Ada juga aku dengar pemandu bas ni kadang2 tak cukup rehat.So, maybe majikan perlu mencari jalan supaya pemandu mendapat rehat yang secukupnya.

    Bagi aku tak guna kita nak salahkan mana2 pihak. Menyalahkan orang untuk sesuatu kejadian tidak dapat menyelesaikan masalah.Lebih baik fikirkan punca dan cari jalan untuk mengelakkan insiden sebegini berulang lagi.

P/s- Jangan disebabkan takut tertidur, pemandu bas minum ketom satu jar.Hehehe...Red Bull kan ada~

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...