Teka-teki ni aku dapat time sekolah rendah dulu. So, aku budget orang yang berusia 12 tahun ke atas mesti boleh jawab teka teki ni dengan mudah sekali. Petik jari pun boleh! Teka-teki ni berbunyi:
Ada seekor katak terjatuh didalam sebuah perigi yg kedalamannya 30 meter.
Dinding perigi itu menegak dan teramat licin kerana diselaputi lumut.
Katak itu cuba untuk memanjat dinding tersebut untuk naik ke atas sambil menangis.
Masalahnya:
1. Katak itu hanya boleh lompat 1 hari hanya sekali lompat sahaja.
2. Tinggi lompatannya itu hanya 3 m.
3. Oleh kerana kelicinan dinding perigi tersebut, katak itu
terturun kebawah 2 meter setiap kali berjaya melompat.
Soalannya:
BERAPA HARIKAH KATAK ITU BOLEH SAMPAI KEATAS?
1 comment:
putera katak ni ada kuasa..dier leh terbang..takyah lompat2...kikiki..~~ainul~~
Post a Comment