Pages

Sila Klik

Dec 18, 2010

Aku Nak Tidur !

     Kedinginan malam tidak membantu aku melabuhkan tirai malamku ini. Apakah yang menghalangku dari melelapkan mataku yang seksi sepeti Johny Depp ni?Lol.Letih la.Jam dah pukul 5.32 a.m tatkala jari jemariku  menari-nari di atas keyboard ku ini.Susahnya nak tidur ! ! !Aku ni ada penyakit Insomnia ka ? Susah sangat nak tidur ! So aku meng'google' untuk mencari penyelesaian bagi masalah susah nak tidur aku ni !

  Errr...Apa itu Insomnia ?Penyakit insomnia adalah dimana seseorang mengalami susah nak tidur ataupun tidur yang tidak nyenyak (Asyik terjaga @ tidur2 ayam). Dan hal ini terjadi secara berterusan.Selalunya perempuan lagi senang nak kena penyakit ni.


   Apakah punca terjadinya insomnia? Berdasarkan hasil peng'google'an aku, punca terjadinya insomnia ialah : 



  • Stress - Walaupun penyakit ni boleh menyerang semua peringkat usia namun kebanyakkanya meningkat seiring usia. Biasanya semakin usia bertambah, semakin banyak tekanan seseorang individu itu terima.(Selalunya aku susah tidur time2 cuti sem, takdak la pulak aku stress)
  • Demam, selsema,asma atau apa-apa penyakit yang menganggu tubuh kita.(Takdak sakit2 pun)
  • Environment tempat tidur tu sendiri pun mungkin menjadi faktor penyakit Insomnia ni.Maybe sebab ketidak selesaan tempat tidur atau gangguan nyamuk dll.(Ok ja bilik aku ni)
  • Minum minuman keras atau kopi sebelum tidur.(Dalam rumah aku yang keras semuanya tidak diminum.Aku Islam.Tak minum air kencing syaiton.Kopi pun tak minum)
  • Tempat tidur dijadikan tempat untuk semua aktiviti seperti bekerja, membaca buku dan sebagainya.(Yang ni maybe la)

Jadi macammana nak selesaikan masalah SUSAH TIDUR aku neh?Sekali lagi,berdasarkan hasil peng'google'an aku, cara-cara mengatasi penyakit Insomnia ni ialah :

  • Cari jalan untuk mengatasi atau mengurangkan stress. Apa yang aku belajar dulu, stress ni kalau tak diatasi bukan setakat Insomnia,gila pun boleh.Ramai yang bunuh diri sebab stress.Apa yang penting kita kena tau la apa punca kita stress kan, baru la kita boleh kurangkan stress kita ni.(Takmo cakap banyak pasal stress,google sendiri lah! hehe)
  • Mandi air hangat sebelum tidur.
  • Tiru style Mr.Bean -kira kambing tapi dalam keadaan mata terpejam dari 1 hingga 10,000.(Anda juga boleh menggantikan kambing dengan bintang, lembu,rusa dan sbgnya.Hehehe)
  • Mendengar muzik yang slow dan tenang seperti lagu canon, kitaro, dan sebagainya.
  • Tidur di tempat yang selesa, tutup lampu dan kalau ada bunyi2 yang boleh menganggu kita tidur, cuba hindarkan.(Kalau ada jiran yang bising tgh2 malam, sumbat ja mulut dia dengan belacan)
  • Belajar untuk tidur dengan masa yang teratur.(Mungkin ni lah masalah aku.Aku tidur tak ikut time) 

Aku rasa aku ni susah nak tidur sebab dah terbiasa penghujung sem aku selalu tidur lewat.Pastu bila dah balik rumah ni, aku syok melayan FB,game & movie sampai ke lewat pagi. So, dah jadi terbiasa la.Alamak, dah dekat -pukul 6.30.Ini kalau aku tidur ni mesti lambat nak bangun.Petang nanti sedara mara jauh nak datang.Aku tak kemas bilik lagi.Mesti mak aku fire la satgi ni.Hab~is la zzZZZ aku ZZzzzzzzz...



     

3 comments:

Anonymous said...

but pngetahuan en blogger, insomnia juga adalah tajuk lagu yg dinyanyikn ryeowook...dan lgu asal adalh hasil nyanyian craig david...

Tajul said...

haha..thanks 4 your information. tapikan, sapa ryeowook tu? saya kureng sikit jepun/korea ni. Craig david kenal la.kami sepupu. lol.

makhluk berwajah putih said...

diam la tajol!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...