Pages

Sila Klik

Dec 30, 2010

Indonesia Terkulai dibaham Harimau Malaya




   Tahniah kepada skuad negara kerana berjaya menjulang Piala AFF Suzuki ! Aku yakin semua rakyat Malaysia melompat kegembiraan bila pengadil meniupkan wisel penamat tadi. Walaupun tewas 2-1 di Indonesia, Malaysia pulang sebagai juara dengan aggregate 4-2! Tahniah! Tahniah! Tahniah!


    Jutaan pujian buat Safee Sali yang berjaya mengaut title Top Scorer Piala AFF Suzuki ni dan tak dilupakan buat penjaga gol Kelantan,Khairul Fahmi yang perform gila babi tadi! Cuak gak la tadi bila abang Khairul ni macam injured ja di awal separuh masa pertama tadi. Anyway dia dah buktikan kemampuan dia sebagai seorang penjaga gol apabila dia berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Indonesia.
Hero Malaya - Mohd Safee Mohd Sali


Penjaga gol Malaysia - Khairul Fahmi Che Mat 


    Sememangnya percaturan K. Rajagopal telah berjaya menumpaskan Indonesia dan menghampakan jutaan rakyat Indonesia pada malam tadi.Anyway , Indonesia juga tidak kurang hebatnya tetapi dengan kebijaksanaan K.Rajagopal mengatur permainan, telah memastikan MALAYSIA SEBAGAI JUARA PIALA AFF SUZUKI  ! YEAHHH! Hidup Malaysia.
Kejayaan besar buat K.Rajagopal kerana berjaya membawa Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki 2010
Irfan Bachdim yang membantu Indonesia menang 5-1 keatas Malaysia sebelum ini hanya mampu menangis apabila dikeluarkan pada separuh masa ke dua malam tadi.




KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Malaysia menang dengan agregat 4-2.


P/s-  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan  pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

8 comments:

Hafiza Hafinas said...

tahniah malaysia,, caya sama lu... lazer ke tak lazer ke... malaysia tetap menang...

Tajul said...

malaysia boleh!lazer bukan isunya..

Fadzli Amir said...

Walaupun Julia Perez memakai coli berlazer, tetap menang jugak...

Tajul said...

dia bogel pun menang jugak aih~

chegu abbas said...

tajul isu nya...

Fadzli Amir said...

Thanks Bro...sebab sudi follow..

Anonymous said...

heee..tajul..sy tak lompat2 kegembiraan pon..sy terlentang je..
eh..rajagopal..ke gobal????..tgok masa buletin gobal....
btw..trnganu cuti jatuh ahad..heee..~~~ainul~~

si gula said...

msia menang seh...yeah,,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...